Tuesday, February 26, 2013

Entry Ini Untuk Naquib a.k.a Awieb..

Korang kenal sapa awieb? hahaha
Mesti la kenal..Coz dia skang seorang Polisia yg sgt Tampan, Cantik, Tertarik Ko mmg Da Bomb!
(Ok awieb ni sepupu saya..Ada aku kesah!!)

Setelah saya mengepost entry kat bawah ni, Tajuk Sepupu Sepapat Parit Pechah!
Tetiba dia tanya saya, ko tak cite pasal 'TUNGAU' aku ke kat blog ko?!
HAhahahhahaHahaa.. Saya pun apa lagi ketawa la terbahak bahak..hak..hak...
Awieb selalu beno kena gigit tungau...Ape kena laa minat sgt si tungau ngan si awib ni..
Dorang mcm ada chemistry sesame mereka..
Bila da kena tungau, mula la gatal2 n tergaru2..
Masa tu saya kecik lagi..ini kan pulak si awib ni..lagi la kecik...hahahah.

U ols pernah ada pengalaman kena gigit Tungau?
Jap, tau tak ape itu Tungau?? (Google la sendiri)
Ini la dia Tungau! (Sila lihat image di bawah...)


Perghhh,....seram aku tengok si Tungau ni.. (Ko tak gerun ke wib coz dulu Tungau ni penah menghuru harakan hidup ko time ko zaman kanak2?) hahahaha
Cam alien da aku tengok bentuk tungau ni!
Setelah saya baca melalui google, ropenya tungau ni suka tempat lembap2 n gelap2..
dia akan mati kalau kena matahari..
dia pun bole cause asthma..bahaya gak si tungau..
Nasib baik kezen aku selamat da jadi dewasa n seorang polisia yg berjaya...

Tak tau la sebenarnya entry ni pasal awieb ke pasal Tungau...hahahaha..
Ok la wib...aku da takde idea nak type ape ni...
kalau ko berminat sgt pasal tungau ko tulis la dalam diary ko ke ape ke..

p/s: Stay hensem n macho ye!

Papai...
Ayu..(kakakmu..)

Monday, February 18, 2013

SEPUPU SEPAPAT PARIT PECHAH!

(Tribute to the Arwahs..May Allah bless their souls rest in peace. AL-FATEHAH)

Macam mana nak mula ek..Erm..semalam susah nak tido. Angin satu badan. Suami kat sebelah pun tak selesa. Bini buat bising ngan angin kuar dari mulut. Mana taknya angin dalam badan ni lebih meriah dari bunga api raya cina hari tu.. Arkk..Erkk..Burrpp..Urkk..Lebih kurang gitu laa bunyi nya.
Tiba-tiba terpacul keluar dari mulut ini memecah kesunyian malam,
Ayu: "Arwah Abah (Uncle Johan) pandai masak tau!" Suami: "Ha??"
Ayu: "Arwah Abah tu pandai masak.." Suami: "Ooo"
Selang 2 minit lepas tu, dengar suami ngorok (snoring) pulak..OK Fine!
Tiba-tiba teringat arwah abah malam tadi.. Then teringat arwah nenek.. teringat kampung tercinta parit pechah. teringat zaman kecik2 dulu.. Kemain seronok! Kenangan lama pun berputar kembali...

Hopefully sepupu sepapat aku pun jangan la penah lupa.. Sesekali kita putarkan masa and kenang zaman silam tak salah..tak kena bayar duit pun...wekkk! :P
Dulu masa kecik, balik kampung (time tu arwah nenek ada lagi) mesti petang2 dia akan duduk kat anjung ngan arwah tok busu. (arwah tok busu kalau dok kat sofa kayu kat anjung tu mesti kaki dok bersimpuh..Classic!) Korang ingat tak tok busu? Bestfren or Jiran nenek. Mak kepada kak besah. Kalau tak ingat kak besah a.k.a Mokde mmg dah lupa daratan la tu nama dia! (Korang perasan tak kak besah tu style dia lebih kurang hantu kak limah balik rumah kan? Rambut merebang! Tak tau la sapa tiru style sapa..)
Tu semua org2 lama n Vintage tau! hehe. (Tak baik!) Entah apa la nenek borak ek ngan tok busu.. Aku time tu kalau da jumpa sepupu sepapat yg lain Salleh, Mamod, Ali, Awib, memang tak ingat dunia..hahah. Almaklum la dulu cuma kita2 ni yg tinggal muar. Sepupu yg lain jauh. Mak Leh n Makde JB, Mak Long N9, Pak Ngah Kota, Poksu Jb.

Kalau time raya lagi teruk..Yg Muarian seperti Mami, Cik Mat, Ibu, Mak Pah memang awal2 da berkumpul kat umah nenek. First raya masing2 muka boring. mana taknya tunggu sedara mara yg jauh tak sampai2. (Padahal tak jauh mana pun, JB je. 2 jam! hahaha. Dulu highway tak siap lagi agaknya.tu yg rasa jauh.)
Kalau dari jauh nampak kereta masuk kat laman umah nenek dulu, wah, kemain menjerit la kita semua keriangan, 'Yeyeh Makde sampai!' Berlari kita dari rumah depan ke ruang tengah n ke dapur untuk bagitau yang Mak Leh ke, Makde ke, Mak Long ke, Pak Ngah ke da sampai! tu je.. Tapi, happening bukan main lagi..hehe. Paling special Poksu la. Poksu mesti sampai awal. Poksu dulu naik motor besarrr. lebih kurang cam awie la dulu..zaman2 bujang poksu. Zaman2 da kawin baru poksu naik kete. Poksu sampai  pun kita semua pasti melonjak keriangan!
Ingat DoDol? tugasan Cik Japo yang buat dodol tu. memang power juga dodol cik Japo. Ingat senang ke hape buat dodol? susah seh..(belum tentu Mikail tau bagaimana cara membuat dodol..Coz time keseronokan itu dia belum lahir..)
Ok, bila semua da berkumpul, wah, kete2 kat anjung da bersusun. Time ni la arwah abah akan bukak boot kete dia n kita semua melonjak gembira lagi bila nampak syurga kanak2 iaitu MERCUN N BUNGA API! Best! Best! Thunderclap, Mercun bola, mercun ketupat, mercun papan,bunga api kucing, bunga api klcc, mercun roket, katakan saja..semua dalam tangan kami. hahaha. Siap berlawan2 perang ngan rumah depan, geng2 Najib Abg Misun, geng2 anak2 arwah cikgu Kalid, memang musuh mercun kami! Huh!! Berani dia serang kita pakai mercun roket n thunderclap. Kita pun tak menyerah kalah..serang balik la..padahal umah depan je..hehe..Yg memisahkan kita adalah Jalan Besar Muar - Batu Pahat.
Korang ingat lagi tak zaman kita main meriam buluh?? Wah kemain Abg boy, Abg romzi, Abg Najib, Napi, Saril, Rizal, Salleh n Mamod termasuk la si kecik Ali n Awib nak juga masuk kebun belakang cari meriam buluh. Bawa parang. masuk hutan. Keluar hutan dapat la 4,5 batang buluh yang sesuai dijadikan meriam. Malam2 mulakan projek. Kalbait da beli kat kedai AhKow (ntah hidup lagi ke tak Cina Ahkow ni ek? Nanti nak tanya awa.). Kat anjung kelihatan bapak2 semua sedang duduk borak2 sambil minum kopi.. Dady Cool, n semua chill je..Seronok terlalu seronok! Belum tentu anak2 kita sekarang dapat rasai apa yg kita rasa dulu.. Good Old Days! Time ni nampak wajah arwah nenek sentiasa tersenyum. Happy agaknya anak2 cucu2 semua balik. Sibuk sediakan makanan untuk kita. Nenek risau asek panggil je selagi dia tak nampak kalau ada antara kita sefamily yang belum makan.. Alhamdulilah at least arwah nenek rasai kegembiraan yang sementara itu...What a Good Old Days!

And u olss notice tak kalau ada kenduri yasin or doa selamat, mesti happening. Selalu arwah nenek panggil org masjid datang rumah. N selepas habis kenduri sudah menjadi tugasan Kak Non, Kak Yik, Kak Lin, Intan, Ayu, Mala, Salleh n Mamod sesiapa saja untuk hantar mangkuk tingkat ke rumah jiran2 seperti umah tok busu, kak siah, Mak Wok, Tok Ngah sebelah..Bila time peringkat Awa, Shima, Nadia n Waie da besar, dorang pulak mengambil alih tugasan itu..hahahah. Macam da jadi tradisi keluarga arwah sulaiman la, hantor2 lauk. kadang2 sampai kena gi umah Tok Madak kat pt pecah laut sana naik motor kena anto lauk gelap2 malam. Nasib baik nenek tak suruh hantor kat Parit Pali ke, Parit Nawi ke..Eh parit nawi pun selalu gak..umah arwah Tok Bari..n wak sukinah..(Ko kenal sape semua tu Mala?? hehe.) Lepas arwah nenek da takde, ibu n arwah abah selalu juga buat kenduri2 ni. Pesen yang sama gak kena hantor lauk2 ni..Almaklum la tradisi keluarga..hehe.

Korang ingat tak kalau kita duduk berkumpul, malam2 tidur melepak kat ruang depan. N of coz, mesti akan cerita kisah2 misteri..buat bulatan lepas tu story pasal hantu. Cam banyak nooo hantu setan penah dijumpai, padahal tu semua cerita atas cerita, bukan korang penah jumpa pun...N intan akan tanya mak long, Maklong tido mana? Maklong akan jawab, Mak long tido mata! (Dapat tangkap tak gurauan tu?? Hebat otak aku masih ingat dialog mereka! hahaha). Dulu toilet kat luar ek, macam mana la mamy, Mak pah n ibu tu berani gi toiket kul 3 pagi sebab nak melabur..? Otai2 ni hati kering coz tak ajak sesiapa teman pun. pegi sorang relaks je. Cuba suruh si Shima pegi skang, dia lebih rela terberak dalam seluar daripada gi toilet kat luar tu malam2..hehe.

Memang betul, arwah atok Sulaiman memang lama da tinggalkan kita..ada yang sempat jumpa, ada yang tak.. Tapi atleast kita dapat kasih sayang seorang nenek. Atleast kita penah ada seorang nenek. Tapi tu pun tak lama. Nenek pun di jemput illahi. lepas tu diikuti pula oleh arwah abah. Innalilah..
Parit Pechah..memang kenangan yang tak dapat dilupai.. Kita datang dan pergi, tenggelam timbul sesuka hati kita.. Tapi sejarah di situ, di tapak rumah itu tak penah hilang.. Mungkin dah tak ada dalam hati kita, tapi maybe masih terpahat dalam hati roh2 mereka di sana..Di situ la kita besar, kita jadi nakal, kita jadi baik, kita jadi happy..kita gembira..kita berlari kejar2..kita menangis hiba..kita berkelahi bertengkar..kita sedih n memberontak.. itu semua kenangan..itu semua da berlaku..itu semua da lepas..........
Hopefully kita masih satu keluarga..walaupun ada antara kita yang dah terpisah... Semoga kalian bahagia bersama keluarga masing2... Jangan lupa sesekali sedekahkan la alfatehah untuk ahli keluarga kita yang dah pergi menghadap illahi.. Maaf kalau ada nama2 yang saya tak sebut kat atas..kita ni manusia..Mudah lupa..

Till then,
Ayu