Tuesday, June 17, 2014

Selamat hari raya..

Salam..

Hopefully still not to late to wish selamat hari raya..
Raya 2014 saya mempunyai kenangan tersendiri..
Kali ini merupakan raya pertama tanpa insan yang brgelar bapa..
Sedih..mmg sgt sedih.. 
Hati ni mmg tak terasa utk beraya sakan...
Mana mungkin gembira tanpa daddy...
Dulu setiap kali puasa arwah dady tak pernah tinggal sahur. 
Dikejutnya kami adik beradik berkali2 supaya bangun sahur..
Dgn muka kelat, kami bangun dan duduk semeja dgn dady..
Makan sahur bersama..
Arwah Dady selalu pesan, makan kurma supaya dpt bertahan sampai berbuka..
Sampai sekarang menjadi tabiat saya selepas makan sahur mesti ambil kurma..
Arwah dady suka sgt kurma.. Puasa tanpa kurma bukan istilah dady..
Tiba nak raya, mak dan arwah dady mesti beli kan anak2 sepasang baju..
Kasut raya, jeans raya..
Betapa gembiranya hati dpt raya bersama dady..
Betapa gembiranya hati dpt bersalaman dgn dady di pagi syawal..
Betapa gembiranya hati makan semeja dgn dady..
Makan ketupat sama2...
Dan betapa sedih n sayu nya hati kami melawat dady di pagi syawal di pusara dady..
Kami taburkan bunga di pagi syawal dgn menahan sebak di dada..
Sedangkan tahun lepas dady masih ceria menyambut raya bersama kami..
Tetapi tahun ni, dady hilang...hilang...
Dady..ayu rindukan dady..
Insyallah, akan rindukan dady selamanya...

Tetapi Allah itu maha adil..
Walaupun kehilangan insan tersayang, allah dah rencanakan sesuatu yg lebih berharga..
Beraya pula bersama seorang insan yg bergelar anak..
Arman, anak saya. Anak pertama saya..
Kami mmg bersedih tanpa daddy, tapi dgn keletah arman, dapat juga menceriakan kami..
Semoga arman jadi seorang anak yg baik..insyallah..

'Ya Allah, aku redha dgn pemergian bapaku..dan aku bersyukur dgn kurniaan mu..'
Semoga roh dady dicucuri rahmat..

-aYu-