Monday, November 5, 2012

Mari beli Tudung!!

Ok..

Ini paksaan.. Sila lah beli tudung di sini!


kBye..
-aYu-

(P/S: Model tudung di bawah ini adalah my adik!)


How is it weird...

Hello fellow people..

It has been awhile since i wrote in here..
Suddenly rasa teringat kat blog.."eh wat happen to my blog heh?"
Terus cepat2 sign in.. hurmm..wateva..!

Alhamdulilah, everything went well.
I've got my new job n new car. So grateful.
Last few months sibuk mencari kerja n kept thinking about wat to do with my previous car yg asyik rosak je.
And now I cannot believe it I've got both important things in my life serentak.
Rezeki datang we never know..
Allah knew the best for His hamba.. Syukur!
Thanks to everyone especially my beloved husband who always give support and take care of me very well.
Terima Kasih yang tak terhingga. Ewahhh!

Topic hari ni 'How is it weird..' (Ape kemende topic gini..)
Just to share, bila rasa keganjilan dan kejanggalan tentang sesuatu..
For me, saya akan rasa sgt ganjil bila nak ucap sesuatu to someone tapi tiba2 tak terucap becoz of sympathy is more than anything else.
Or kadang-kadang bila time nak message to tell something to someone,
end up delete balik sebab cam rasa tak sesuai nak send or tak perlu send walhal benda yg nak di send tu bole jadi sesuatu yg perlu diketahui oleh org itu..(eh ape cite nih...Pening. Panjang berjela!)
And it's even weird bila kita tahu something and kita pun tell or tegur the person straight to the face, last2 the person cannot handle it and marah2 pulak kat kita..Itu pun ada..
N ada juga kes bila kita syok or like someone, bila berdepan ngan org tu kita kelu lidah n gigi..(Non adoo)
tak tercakap ape yg nak dicakap..(kes berat!)
And weird juga bila, some people who expressed their feelings or ape yg nak di cakapkan tu kat facebook, tagged, myspace, yourspace, herspace..everybodyspace..hahahhaha..with hope that the person will read or  even view the status of feelings. (Gempaks seh!)
But for me very simple.. It is how you handle with all the weirdness..(ada ke word tu?? ada dok! **Dok bahasa mat rempit!)

Ingatlah, Sesuatu benda takkan rasa ganjil bila kita tak rasa benda tu ganjil..

Till then,
aYu..



Wednesday, July 25, 2012


Ya Allah,

Jadikanlah aku pemaaf,

Biarpun aku selalu di sakiti.. 

Amin..


-aYu-

Thursday, July 12, 2012

It's only takes 5 minutes to read this!

Orang kata aku lahir dari perut mak! 
(Bukan Org kata, memang betul)
Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .
Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .
Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !
Tapi kalau mak sudah tiada .
" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang mengimamkan solat JENAZAH ibunya !



**(Source: Internet)

Friday, July 6, 2012

:)


Alhamdullilah

Sujudku pun takkan memuaskan inginku
‘tuk hanturkan sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah…



Tuesday, July 3, 2012

My Words

For me, being a kid was majorly AWESOME!

-aYu-

Sunday, July 1, 2012

Jadilah baik, jika tak mampu jadi yang terbaik!


Quote of the Day


Kalau anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain,

Janganlah pula anda menambah dukanya...

-aYu-

Wednesday, June 20, 2012

Renungan Bersama..

Kita tak akan pernah mengerti apa yang orang lain rasakan..
Begitu juga orang lain tak pernah mengerti apa yang kita rasakan..

Kita selalu rasa yang kita dah sempurna, dan orang lain tidak sesempurna kita...
Kita selalu rasa kita dah cukup baik and bagus, orang lain tak cukup baik and bagus macam kita...
Kita selalu fikir semua orang suka kita, sanjung kita..tetapi kita tak pernah tahu dalaman hati mereka..

Ketahuilah bahawa kita tak pernah tahu masa depan..
Kita tak boleh baca tentang apa yang akan terjadi seterusnya...
Kita tak akan tahu... Cukup2 lah hidup hanya mendatangkan kebencian kepada orang lain..


Berubahlah...

Saturday, June 16, 2012

Wahai suamiku yg tercinta,

Selagi aku masih hidup dan bernafas, aku takkan biarkan kau bersendirian..

Insyallah...

-isterimu-

Thursday, May 31, 2012

Sweet Like Candy II

Hari tu saya dapat hadiah ini from husband saya...


















Saya terfikir, hari ni birthday saya ke? or anniversary kami ke? or hari ulang tahun sultan johor ke?(tak masal..)

Rupa2nya hadiah ini untuk saya coz saya dah masakkan lauk sedap2 untuk dia semalam... (padahal lauk sambal je...hehe..)

So saya berazam utk memasak dan memasak lagi sampai lebam supaya saya akan mendapat hadiah lagi..huahuahuahuha...(Gelak setan!)

p/s: by the way, TQ again darling..

-aYu-

Wednesday, May 30, 2012

Cerita sini Habis sini..

Dulu sepatutnya saya da jadi seorang Doktor...
Saya minat gak bedah2 orang ni...
Jahit2 kulit org pun saya ok..
Cucuk2 ngan jarum pun takde hal...
Suka la tengok doktor muda2 kat hospital tu...
Nampak mantap je kan kalau jadi doktor...
Mesti ramai pesakit suka ngan saya la kalau saya doktor.
Saya akan jadi seorang doktor yang berjaya.. Uhuk Uhuk!

Dulu sepatutnya saya da jadi Doktor..
Tapi kenapa tak jadi..???

-aYu-

Tuesday, May 29, 2012

Listen..!


-aYu-

My words

'Memasak utk suami dgn penuh kasih sayang adalah lebih mulia daripada berjalan tanpa memakai selipar..'
(Eh, ape cite nih???)

-aYu-

Tuesday, May 22, 2012

Dari ku Untuk Mu..

"Thank you for the nice house!"

"Semoga u sentiasa dimurahkan rezeki sayang..Insyallah"

-aYu-


Friday, May 11, 2012

Lil' Twins..



Two faces to wash, and four dirty hands

Two insistent voices, making demands

Twice as much crying, when things go wrong

The four eyes closing, with slumber song

Twice as many garments, blowing on the line

Two souls to be loved, glory in the hearts

Work we do for twins, naturally comes double

But four arms to hug us, repay all our trouble.


~ We Love u, Qaisara & Qalesya ~
~ so much ~

Sunday, May 6, 2012

Family itu Mesti..

Siapa yg tak perlu family dalam dunia ni?
Kalau ada yg kata dia boleh hidup sorang2 tanpa family, itu mmg sgt 'fake'. tak sesuai...
Tanpa family kita pun tak merasa nak hidup atas dunia ni kan.. 
Tanpa family kita pun tak merasa nak mempunyai kawan2.. coz kawan2 kita pun dtg dari sebuah family.
Bagi saya family sgt important dlm hidup.
Saya mmg ada family yg sgt besar, adik beradik + parents je da 7 org, + adik beradik mak saya da 9 org, + adik beradik daddy saya da 9 camtu, + adik beradik mak mentua saya ada 10 org. Wow! Saya sgt happy hidup dlm family yg besar ini.. Terlalu happy bila ikatan kekeluargaan kami sgt kuat dan rapat. Saya sgt bangga dilahirkan di dunia ini dgn mempunyai keluarga yg besar. Saya tak pernah kesunyian dan sepi. 
Thank you Allah!

Tapi bila da terlalu rapat, mmg akan sedih apabila seorang demi seorang ahli keluarga kita pergi meninggalkan kita. Pergi bukan seketika tetapi selamanya. Pergi tidak akan kembali lagi. Pergi utk kekal di alam sana.
Sebagai manusia kita perlu lah terima dan redha dgn ketentuan ini. Setiap yg hidupkan pasti akan mati.
Dulu abah pergi tinggalkan kami, kami sekeluarga sedih. Tapi kena lah redha. Kalau kami sedih, macam mana pulak perasaan ibu, yg setiap masa bersama abah dari dulu. Jadi kami kena la kuat utk beri kekuatan pada ibu.
Dan kini setelah 2 tahun, arwah abah sentiasa dlm ingatan kami.
Baru2 ini saya telah kehilangan sepupu yg berada di negeri sembilan. Arwah Saiful pergi menemui illahi seawal usia 29 tahun. Dia meninggalkan isteri dan anak2. Kami sekeluarga sgt simpati kepada keluarga allahyarham. Dan saya pun terfikir bagaimana isterinya yang masih muda perlu menjalani kehidupan bersama anak tanpa suami... Ya allah, permudahkanlah urusan hidup mereka. Ucapan takziah dari saya dan suami. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Amin.


"Death is more universal than life; everyone dies but not everyone lives."

-ayu-


Thursday, May 3, 2012

Sayang,

Sometimes late at night 
I lie awake and watch you sleeping 
You lost in peaceful dreams 
So I turn out the lights and lay there in the dark 
And the thought crosses my mind 
If I never wake up in the morning 
Would you ever doubt the way I feel 
About you in my heart 

If tomorrow never comes 
Will you know how much I loved you 
Did I try in every way to show you every day 
That you're my only one 
And if my time on earth were through 
And you must face the world without me 
Is the love I gave you in the past 
Gonna be enough to last 
If tomorrow never comes........

-ayu- 

Wednesday, April 25, 2012

Day 4: Tak Miss Lagi..hehe

Papa ku pulang dari kota,
Papa ku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,
boleh ku bawa ke sekolah,

Pon Pon Pon Pon Pon,
kereta kecil ku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh ku bawa jumpa nenek...

p/s: (Tetibe ingat lagu tu.. Lagu lama..Time kecik2 dulu.. oldskool seh..)

Tak sabar nak balik to see my husband.. Cepat la kul 6.. 

-aYu-

Day 3: Lagi2 miss dia!

'Sayang, walaupun we miss u sgt2 sampai takleh tido tetapi we all dah badok satay n nasi sedap2 kat luar.. Hehe'

Regards,
Your love wife & your fabulous mom!

Monday, April 23, 2012

Day 2: Missed him lagi..

'Malam tadi susah nak tido.Ok Bye!'


-aYu-

Day 1: I miss him already..!

Ok.. My Husband going to oversea for business meeting..
("Fine! tak bawa I skali.." "Mana bole, u kan keje.." sambil muka muncung. Dagu da semakin panjang bak kata shima! Kuang asam ek shima!)

Malam tadi mak mentua and me packed all of his stuff. (Baju2 bawa cam nak pindah ek?!)
Around 4 am in d morning da bangun takot miss flight pulak..
Siap salam lebaran semua... Pastu kita dari atas lambai2 je..
Sedih plak rasa time tu coz tak penah jauh ngan dia..
Tapi bila dapat call dari dia tanya ("Syg, nanti email i k, u nak perfume apa..) terus sengih sampai telinga.... Ngheeee..... :)

And now i'm alone here missing him.....
Nak nangis bole?? (Mengada..baru 1st day kannnn...3rd day baru nangis ok?!!)


-aYu-



Sunday, April 8, 2012

Dot oh Dot..

Saya ada seorang kawan bernama Syada Abdullah.. Kami called dia DOT. Cun org nya, baik budi pekerti..

Dia baru lepas operate kat perut hari tu.. erm, Saya doakan dia cepat sembuh.

Saya dengar dia da keluar wad, tapi apakan daya saya jauh noo nak visit dia..

Takpe, doa saya sentiasa bersama dia...

'Dot, cepat baik ok. nex month ko nak naik pelamin kan??


You my friend, I will defend. And if we change, we'll love you anyway." - Jeffery Sherian-




-aYu-

Bintang Paling Popular 2011

Aaron Aziz...(bukan Mat Haron)
.
..
...
....
Kalau 2012 Aaron Aziz lagi, saya pening..!

Sekian...


p/s: Abg Aaron, u got International License ke? camne nak drive Nissan teana tu nanti? (Kepoh Sket!)


-aYu-

Dear My Beloved Husband

I will cook,
I will clean,
And I will shop for you.
I will be the best wife ever Insya Allah.

I will dress up for you,
I will maintain my appearance for you,
I will make sure to be the best wife I can be Insya Allah.

I will have as many children as you want,
I will raise your children to be the best they can be,
I will be the best mother, Insya Allah.

As long as you promise me one thing,
help me get to Jannah...


Love,
Your wife, aYu..

Ibu Mertua ku sayang..

"Sayangilah dan layanilah Mertua kamu seperti kamu melayan dan menjaga hati kedua ibu bapa mu..-Rasullullah"

Adakah kamu mempunyai ibu mertua yg sgt sayang kan kamu? - Saya ada.
Adakah kamu mempunyai ibu mertua yg sgt mengambil berat ttg mu? - Saya ada.
Adakah kamu mempunyai ibu mertua yg menjaga makan minum mu? - Saya ada.
Adakah kamu mempunyai ibu mertua yg menjaga pakaian mu? - Saya ada.
Adakah kamu mempunyai ibu mertua yg selalu membelikan handbag utk mu? - Saya ada.
Adakah kamu mempunyai ibu mertua yg selalu membelikan baju baru utk mu? - Saya ada.
Adakah kamu mempunyai ibu mertua yg setiap pagi menghantar mu ke muka pintu apabila kamu mahu keluar bekerja? - Saya ada.
Adakah kamu mempunyai ibu mertua yg turut menyayangi keluarga mu? - Saya ada.

Ya Allah,
Aku bersyukur kerana kau berikan aku insan2 yang sgt baik disekeliling ku.
Panjangkanlah umur ibu mertua ku. Berikanlah  kesihatan tubuh badan kepada ibu mertua ku, berikanlah dia kesenangan di dunia dan di akhirat. Limpahkanlah rezeki yang banyak utk dia. 
Jadikanlah aku seorang anak dan menantu yg sentiasa taat kepada orang2 tua ku.
Panjangkanlah umurku supaya aku dapat membalas jasa mereka dan dapat menjaga mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Semoga kami sentiasa beriman kepada mu ya Allah. 
Amin.


-aYu-


Thursday, April 5, 2012

Ingatlah...!!

"Seorang wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang jahat."


Tetapi..


"Seorang wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki yang soleh."

Wednesday, April 4, 2012

Sekian, Tima Kasih..

Isteri : Syg, lawa tak rambut I? (Sambil tersenyum kambing menyikat rambut yang panjang mengurai menggunakan sikat yg bergerigi banyak!)

Suami: Ermmmm...Boleh la...Cam Metallicca.. (Dgn muka slumber..)

p/s:  Sabor je la...(Dalam hati si isteri berkata nasib baik dia tak cakap rambut aku cam hantu kak limah! Metallica pun jadik laa... hurmmm...)


-aYu-

Tuesday, April 3, 2012

Sweet Like Candy..

Inilah akibatnya kalau kat office takde keje tahap kronik!


















(p/s: I know my drawing is very nice! Ooopps!)


Perubahan Itu Perlu..

Ya, manusia memerlukan perubahan.
Tak semestinya perubahan tentang diri sendiri sahaja,
perubahan ttg persekitaran, perubahan cuaca mahupun perubahan ttg blog pun boley.. hihi

Now saya telah meng'adjust' blog ini untuk memberi kesegaran yang baru..(cewah!) serta menambahbaikkan lagi mutu blog ini.
Since 2009, background n colour yang sama je. boring pulak..
Now semenjak, 2menjak, 3menjak saya menjadi aktif semula dalam 'blogging world' ni, (iyo la tu!),
so saya decided untuk tukar kepada concept (ceh, konsep konon!) yang lebih more to earth colour.
Pic title kat blog yg dulunya gambor (aku org muor!) seorang awek yg tak berapa cun mendongak ke langit, (ntah ape dia nak intai tu!) skarang sudah bertukar kepada gambor baru.
Gambor skang lebih mempamerkan unsur nature yg sgt menenangkan hati dan sanubari saya sbg empunya blog.. (Apa aku membebel ni??!)

Ok, saya suka kehijauan gambor tu. Jalan kecik tu pun lebih kurang cam hidup kita ni la. Kita tak penah jemu untuk terus berjalan untuk capai apa yang kita nak. Kadang2, kita sendiri tak pasti apa yg kita mahukan dlm hidup ni coz kita ni cuma seorang hambaNya yang lemah. Kita tak pernah cukup dgn apa yang kita ada, walhal everything kita dah ada. Kalau kita sedari, Perjalanan manusia ni sebenarnya masih jauh, tak cukup berjalan di dunia, pastu sambung lagi berjalan kat akhirat. Panjang sungguh perjalanan tu.. Mesti penat!

Cuma satu persoalan yg ada dalam fikiran saya sekarang ni, sudah cukup ke bekalan kita untuk perjalanan yang masih jauh itu???


-ayu-