Wednesday, April 24, 2013

Jangan Salahkan Tudung!

Salam Khamis..

Selalu saya terdengar isu pasal bertudung n tak bertudung...
Dan memang kita akui TAK semua orang yang bertudung tu berhati mulia (BAIK LA SGT..)
Dan TAK semua orang yang tidak bertudung tu berhati kejam (JAHAT LA SGT..)
Kita semua tahu pasal tu... Do not worry..

Story ni bukan untuk menyindir sesiapa..Coz ramai di antara teman2 baik saya yg masih belum bertudung.
Or ahli keluarga saya sendiri yang tidak pakai tudung.
Dan diri saya juga baru je berjinak2 untuk bertudung. Terus terang cakap sebelum berkahwin saya tak pakai tudung..or tak berapa nak menutup aurat..Saya bukan dari kalangan manusia yang sgt warak tetapi saya sedang berusaha ke arah itu.. Insyallah dgn izin-Nya.

Apa yg saya nak cakap kat sini, ada sesetengah masyarakat kita ni yang suka menggembar-gemburkan isu ni.. Saya agak tak berapa setuju dengan pendapat seperti di bawah ini;
1) "Nampak baik, pakai tudung tapi hati busuk! Serupa tak payah pakai.."
2) "Tak guna la bertudung litup, sembahyang tunggang tonggek, tapi kedekut,mulut jahat, bla..bla..bla"
3) "Baca Quran hari2 pun tak guna la kalau perangai jahat macam tu.."
4) "Kita yg free hair ni tak semestinya tak semayang, tak semestinya tak baca quran. hati kita lagi baik dari orang yg pakai tudung tu tau"

Dan seterusnya...

Ok..Kalau u ols da tak pakai tudung atau tak menjalankan tanggungjawab yg wajib sbg umat Islam, boleh tak u ols tutup mulut jangan bangkitkan atau marah kat org yg bertudung..or jangan cari alasan utk hentam org yg bertudung di sebabkan kesalahan mereka da buat kat u ols...
Maybe u ols geram kat dia yg bertudung coz ada la krisis antara kamu, tapi bole tak bangkitkan soal lain selain daripada bertudung-tudung ni..(Aku serkup tudung saji kat muka u ols semua baru tauuuu!Marah ni..Marah..)

Orang yang bertudung walaupun dia jahat macam mana pun at least dia laksanakan apa yang wajib dan yang sudah ditetapkan dalam Alquran..iaitu menutup aurat. Yang selebihnya Allah yang layak judge dia, mulut dia ke perlakuan dia ke, keikhlasan hati dia ke..Kita manusia mana bole judge2 or cakap cam no 1,2,3,4 tu..
Contohnya Solat 5 waktu, itu dah ditetapkan and sudah diwajibkan kepada semua umat islam terutama apabila start usia seawal 7 tahun. Tak kira la penyangak ke perompak ke, kalau kau islam stil kau kena semayang..Tapi kalau tak nak solat, itu terpulang..Dosa korang tanggung sendiri bila da akil baligh.. Cuma orang sekeliling seharusnya tanya or nasihat kenapa tak semayang..itu aje..
So, Sama gak ngan pakai tudung.. itu dah memang wajib.. Atlis salah satu perintah Allah dorang da ikut..Korang adOo?? so kalau ekau tak nak pakai, itu ekau punyo pasal..Ekau dok diam2 sudah! (Ha,Jangan sampai loghat nogori somilan aku keluar!) Jangan nak sakit hati plak ngan org yang bertudung walaupun org bertudung tu lebih banyak buat jahat dari korang.. Jangan perlekehkan niat suci mereka untuk menutup aurat.

Yang bertudung pun sama gak. Jangan nak sakit hati dengan kecantikan rambut mereka2 yang tak pakai tudung tu, or jangan nak bengang coz org yang tak bertudung lebih hot dari korang so korang plak sesuka hati nak judge mereka cakap mereka semua jahat.. Kita ni dah pakai tudung da elok, so perangai yang lain pun kena elok gak..so baru org tak mengata kepada semua wanita2 yang bertudung di kepala... Reti??

Anggap la ini sebagai luahan hati saya.. Anggap juga sebagai Nasihat dari saya yg kerdil ni.. (kerdil mende..badan cam giant tak sedor diri agaknya dak ni..)
Ok la, nak gi minum air..Haus tekak membebel dalam ni.. Ehhh....

Till Then,
Ayu

Beautiful Quote..

Jika kita MARAH pada seseorang,
Jangan sampai tak nampak lagi kebaikannya...

Dan..

Jika kita SUKA pada seseorang,
Jangan sampai tak nampak lagi kelemahannya...


AjiBoy is in da Houz!

Salam Semua..

Nak show something..
Dua bulan lepas saya dapat ini from my husband...

Agak2 apa la ada dalam ni kan...
Tiba2 keluar pulak si comel ni...

Tada...Saya bagi nama dia Ajiboy...
Husband cakap biar Ajiboy dapat temankan bini dia kalau dia takde kat umah...
Aiiii...lain macam je bunyik nyer...hehe..

Thank u darling for d one n only Ajiboy from Sasha's Bear Singapore..
Material dia bagus...Bulus2 nya sangat soft...best untuk di peluk..
Btw, Ajiboy can sit..Some more siap pakai jacket biru tak kira panas ke sejuk..hahaha.. So cute!

KBye!
-ayu-

Wednesday, March 27, 2013

How I Met Your Father Part II

Salam...

Sebenarnya takde part II pun..coz takde apa nak di ceritakan..
Lepas da melawat kedua ibu bapa dalam tahun yg sama juga kami berkahwin..
Gitu...Nak cite lebih lanjut?? Sudah2 ler tu...hihi..Datang umah tengok album kawin sudeyyy...

to my husband,
i love u very much..Thank you for evrything..
Thank u for being great husband all dis while n for the future ahead. Insyallah.
I miss u...
Love; wifey..

-ayu-



Tuesday, March 5, 2013

How I Met Your Father..

Salam to my children or maybe child, or kid or wateva how many of you nanti..!

How I met your father or your grandfather (in d future), topic yg nak di cer kan pada hari ini..

Dah nak masuk setahun lebih gak Mokcik berumahtangga tapi langsung tak penah cite pasal bagaimana mokcik bertemu ngan Pokcik kauuu! 

Masa tu tahun 2010.... Zaman di mana orang tgh hot pakai Myspace la, FB la, YM la..
Yg paling penting zaman di mana saya tengah single.. Zaman di mana badan saya tak se'besar' sekarang..
Zaman di mana muka berseri cam makan collagen.. (poyo tak??) Tapi jangan ingat saya single tapi saya tak ada 'temen2 or member2' lelaki.. (Bak kata laki aku skang, u dulu mmg suka dating kat cinema! Ehh..jeles nampak! itu dulu sebelum aku kenal ngan ekau pakcik!)
Tapi mana ada dating kat cinema (cover line)..tapi ada la kenal kenalan dan juga ada la zaman dating2 ni...

And pada satu hari tgh buka myspace ada receive message kat myspace..From suami saya la skang ni..
Dia kata muka aku cam familiar..(Eleh, ayat pancing..)
Mokcik pun selidik laa profile myspace dia..Mokcik tengok from Singapore..Single..umur da 3 series..
Muka cam campur2... erm.. ok laa layannnn...(gatal tak mokcik kau??)
Saya terus bagi dia YM id, suruh dia add kalau nak borak2 or chatting2..(sila baca nak berkenalan dgn lebih lanjut..hahaha)
Pastu kami pun terus la chatting thru YM..Kenal kenalan...Dapat juga mengenali org dari negara jiran..
Baik gak mamat ni..yg penting awal2 da buat lawak.. (cam tau2 je aku mmg suka tengok raja lawak! Ehh.)
Lepas tu member pun try usha no fon mokcik..(mokcik cam segan2 nak bagi..so mokcik tak bagi lagi..)
Sebulan gak chatting..pastu tetiba hati ni kata takpe la..bagi je laa fon no...
Start dari 1st time bagi dia fon no. sampai la sehingga ke hari ini, dia tak penah stop call mokcik everyday.. Oneday pun tak pernah miss call saya..Mesti call la.. (anak or anak2 skelian, sweet tak Papa kauu??)

Lepas tu pada date 3/12/2010, dia decide nak drive all the way from Singapore to KL untuk dating ngan mokcik.. Berdebor2 mokcik dibuatnya.. Tak keruan.. Mana taknya, mokcik lom diet lagi nak kuruskan badan.. Bior cun sikit kan kalau kurus2 badan ni.. (ahakss, ada aku kesah! lantak la..)
Dia tunggu bawah ofis..Punya la serem nak turun ni.. aduyaiii..tapi terpaksa la turun.. orang tu datang dari singapore bukan dari selayang...Klu dari kg baru mungkin nerves aku tak begini kot..hahahaha
1st time tengok dia dari jauh cam handsome gak mamat ni..Aiyooo camna laa penampilan aku ni ek..
Mesti dia reject aku pasni...(itu dalam hati kata..) N then jumpa dia, bersalam lebaran..control cun.. cakap2 sikit, control cun lagi... suruh dia tunggu lagi 10 minit..coz baru bole balik... N terus menggeletat aku naik opis cer ngan ex opis mate di Ranhill..hahaha.
Oleh kerana dulu saya keje KL tapi stay di Klang, so dia decide utk check in di Klang saja.. 
so bermula la dating2 kitaorang..Gerek seh! hahahah SIngaporean katakan..
dia belikan mokcik kauu ni Silver Necklace from SIngapore.. auwwww..sweettt.. terharu sgtttt..
Mokcik pulokk belikan dia Topi / Cap Adidas.. (Padahal dia tak suka adidas..dia NIKE man.. Mana la aku tau! hahaha..tapi time tu dia amik je..konon2 suka.. lepas kawin baru tau dia tak suka adidas! Pehhh menyirap!)
Lepas da habis dating selama 4 hari dia pun balik la ke negara asal...Aku pun cam sedih2 gak..Rindu.. Lakk.
Ok time tu we ols da serius dalam hubungan.. N dia decide raya cina akan datang nak visit parents aku di Muar...Wah sungguh cepat budak ni utk langkah seterusnya..(getus saya di dalam hati) hahahhaa..

Ok la..to be continued.. kakkakakaka...

Love,
Ayu (D mommy)







Tuesday, February 26, 2013

Entry Ini Untuk Naquib a.k.a Awieb..

Korang kenal sapa awieb? hahaha
Mesti la kenal..Coz dia skang seorang Polisia yg sgt Tampan, Cantik, Tertarik Ko mmg Da Bomb!
(Ok awieb ni sepupu saya..Ada aku kesah!!)

Setelah saya mengepost entry kat bawah ni, Tajuk Sepupu Sepapat Parit Pechah!
Tetiba dia tanya saya, ko tak cite pasal 'TUNGAU' aku ke kat blog ko?!
HAhahahhahaHahaa.. Saya pun apa lagi ketawa la terbahak bahak..hak..hak...
Awieb selalu beno kena gigit tungau...Ape kena laa minat sgt si tungau ngan si awib ni..
Dorang mcm ada chemistry sesame mereka..
Bila da kena tungau, mula la gatal2 n tergaru2..
Masa tu saya kecik lagi..ini kan pulak si awib ni..lagi la kecik...hahahah.

U ols pernah ada pengalaman kena gigit Tungau?
Jap, tau tak ape itu Tungau?? (Google la sendiri)
Ini la dia Tungau! (Sila lihat image di bawah...)


Perghhh,....seram aku tengok si Tungau ni.. (Ko tak gerun ke wib coz dulu Tungau ni penah menghuru harakan hidup ko time ko zaman kanak2?) hahahaha
Cam alien da aku tengok bentuk tungau ni!
Setelah saya baca melalui google, ropenya tungau ni suka tempat lembap2 n gelap2..
dia akan mati kalau kena matahari..
dia pun bole cause asthma..bahaya gak si tungau..
Nasib baik kezen aku selamat da jadi dewasa n seorang polisia yg berjaya...

Tak tau la sebenarnya entry ni pasal awieb ke pasal Tungau...hahahaha..
Ok la wib...aku da takde idea nak type ape ni...
kalau ko berminat sgt pasal tungau ko tulis la dalam diary ko ke ape ke..

p/s: Stay hensem n macho ye!

Papai...
Ayu..(kakakmu..)

Monday, February 18, 2013

SEPUPU SEPAPAT PARIT PECHAH!

(Tribute to the Arwahs..May Allah bless their souls rest in peace. AL-FATEHAH)

Macam mana nak mula ek..Erm..semalam susah nak tido. Angin satu badan. Suami kat sebelah pun tak selesa. Bini buat bising ngan angin kuar dari mulut. Mana taknya angin dalam badan ni lebih meriah dari bunga api raya cina hari tu.. Arkk..Erkk..Burrpp..Urkk..Lebih kurang gitu laa bunyi nya.
Tiba-tiba terpacul keluar dari mulut ini memecah kesunyian malam,
Ayu: "Arwah Abah (Uncle Johan) pandai masak tau!" Suami: "Ha??"
Ayu: "Arwah Abah tu pandai masak.." Suami: "Ooo"
Selang 2 minit lepas tu, dengar suami ngorok (snoring) pulak..OK Fine!
Tiba-tiba teringat arwah abah malam tadi.. Then teringat arwah nenek.. teringat kampung tercinta parit pechah. teringat zaman kecik2 dulu.. Kemain seronok! Kenangan lama pun berputar kembali...

Hopefully sepupu sepapat aku pun jangan la penah lupa.. Sesekali kita putarkan masa and kenang zaman silam tak salah..tak kena bayar duit pun...wekkk! :P
Dulu masa kecik, balik kampung (time tu arwah nenek ada lagi) mesti petang2 dia akan duduk kat anjung ngan arwah tok busu. (arwah tok busu kalau dok kat sofa kayu kat anjung tu mesti kaki dok bersimpuh..Classic!) Korang ingat tak tok busu? Bestfren or Jiran nenek. Mak kepada kak besah. Kalau tak ingat kak besah a.k.a Mokde mmg dah lupa daratan la tu nama dia! (Korang perasan tak kak besah tu style dia lebih kurang hantu kak limah balik rumah kan? Rambut merebang! Tak tau la sapa tiru style sapa..)
Tu semua org2 lama n Vintage tau! hehe. (Tak baik!) Entah apa la nenek borak ek ngan tok busu.. Aku time tu kalau da jumpa sepupu sepapat yg lain Salleh, Mamod, Ali, Awib, memang tak ingat dunia..hahah. Almaklum la dulu cuma kita2 ni yg tinggal muar. Sepupu yg lain jauh. Mak Leh n Makde JB, Mak Long N9, Pak Ngah Kota, Poksu Jb.

Kalau time raya lagi teruk..Yg Muarian seperti Mami, Cik Mat, Ibu, Mak Pah memang awal2 da berkumpul kat umah nenek. First raya masing2 muka boring. mana taknya tunggu sedara mara yg jauh tak sampai2. (Padahal tak jauh mana pun, JB je. 2 jam! hahaha. Dulu highway tak siap lagi agaknya.tu yg rasa jauh.)
Kalau dari jauh nampak kereta masuk kat laman umah nenek dulu, wah, kemain menjerit la kita semua keriangan, 'Yeyeh Makde sampai!' Berlari kita dari rumah depan ke ruang tengah n ke dapur untuk bagitau yang Mak Leh ke, Makde ke, Mak Long ke, Pak Ngah ke da sampai! tu je.. Tapi, happening bukan main lagi..hehe. Paling special Poksu la. Poksu mesti sampai awal. Poksu dulu naik motor besarrr. lebih kurang cam awie la dulu..zaman2 bujang poksu. Zaman2 da kawin baru poksu naik kete. Poksu sampai  pun kita semua pasti melonjak keriangan!
Ingat DoDol? tugasan Cik Japo yang buat dodol tu. memang power juga dodol cik Japo. Ingat senang ke hape buat dodol? susah seh..(belum tentu Mikail tau bagaimana cara membuat dodol..Coz time keseronokan itu dia belum lahir..)
Ok, bila semua da berkumpul, wah, kete2 kat anjung da bersusun. Time ni la arwah abah akan bukak boot kete dia n kita semua melonjak gembira lagi bila nampak syurga kanak2 iaitu MERCUN N BUNGA API! Best! Best! Thunderclap, Mercun bola, mercun ketupat, mercun papan,bunga api kucing, bunga api klcc, mercun roket, katakan saja..semua dalam tangan kami. hahaha. Siap berlawan2 perang ngan rumah depan, geng2 Najib Abg Misun, geng2 anak2 arwah cikgu Kalid, memang musuh mercun kami! Huh!! Berani dia serang kita pakai mercun roket n thunderclap. Kita pun tak menyerah kalah..serang balik la..padahal umah depan je..hehe..Yg memisahkan kita adalah Jalan Besar Muar - Batu Pahat.
Korang ingat lagi tak zaman kita main meriam buluh?? Wah kemain Abg boy, Abg romzi, Abg Najib, Napi, Saril, Rizal, Salleh n Mamod termasuk la si kecik Ali n Awib nak juga masuk kebun belakang cari meriam buluh. Bawa parang. masuk hutan. Keluar hutan dapat la 4,5 batang buluh yang sesuai dijadikan meriam. Malam2 mulakan projek. Kalbait da beli kat kedai AhKow (ntah hidup lagi ke tak Cina Ahkow ni ek? Nanti nak tanya awa.). Kat anjung kelihatan bapak2 semua sedang duduk borak2 sambil minum kopi.. Dady Cool, n semua chill je..Seronok terlalu seronok! Belum tentu anak2 kita sekarang dapat rasai apa yg kita rasa dulu.. Good Old Days! Time ni nampak wajah arwah nenek sentiasa tersenyum. Happy agaknya anak2 cucu2 semua balik. Sibuk sediakan makanan untuk kita. Nenek risau asek panggil je selagi dia tak nampak kalau ada antara kita sefamily yang belum makan.. Alhamdulilah at least arwah nenek rasai kegembiraan yang sementara itu...What a Good Old Days!

And u olss notice tak kalau ada kenduri yasin or doa selamat, mesti happening. Selalu arwah nenek panggil org masjid datang rumah. N selepas habis kenduri sudah menjadi tugasan Kak Non, Kak Yik, Kak Lin, Intan, Ayu, Mala, Salleh n Mamod sesiapa saja untuk hantar mangkuk tingkat ke rumah jiran2 seperti umah tok busu, kak siah, Mak Wok, Tok Ngah sebelah..Bila time peringkat Awa, Shima, Nadia n Waie da besar, dorang pulak mengambil alih tugasan itu..hahahah. Macam da jadi tradisi keluarga arwah sulaiman la, hantor2 lauk. kadang2 sampai kena gi umah Tok Madak kat pt pecah laut sana naik motor kena anto lauk gelap2 malam. Nasib baik nenek tak suruh hantor kat Parit Pali ke, Parit Nawi ke..Eh parit nawi pun selalu gak..umah arwah Tok Bari..n wak sukinah..(Ko kenal sape semua tu Mala?? hehe.) Lepas arwah nenek da takde, ibu n arwah abah selalu juga buat kenduri2 ni. Pesen yang sama gak kena hantor lauk2 ni..Almaklum la tradisi keluarga..hehe.

Korang ingat tak kalau kita duduk berkumpul, malam2 tidur melepak kat ruang depan. N of coz, mesti akan cerita kisah2 misteri..buat bulatan lepas tu story pasal hantu. Cam banyak nooo hantu setan penah dijumpai, padahal tu semua cerita atas cerita, bukan korang penah jumpa pun...N intan akan tanya mak long, Maklong tido mana? Maklong akan jawab, Mak long tido mata! (Dapat tangkap tak gurauan tu?? Hebat otak aku masih ingat dialog mereka! hahaha). Dulu toilet kat luar ek, macam mana la mamy, Mak pah n ibu tu berani gi toiket kul 3 pagi sebab nak melabur..? Otai2 ni hati kering coz tak ajak sesiapa teman pun. pegi sorang relaks je. Cuba suruh si Shima pegi skang, dia lebih rela terberak dalam seluar daripada gi toilet kat luar tu malam2..hehe.

Memang betul, arwah atok Sulaiman memang lama da tinggalkan kita..ada yang sempat jumpa, ada yang tak.. Tapi atleast kita dapat kasih sayang seorang nenek. Atleast kita penah ada seorang nenek. Tapi tu pun tak lama. Nenek pun di jemput illahi. lepas tu diikuti pula oleh arwah abah. Innalilah..
Parit Pechah..memang kenangan yang tak dapat dilupai.. Kita datang dan pergi, tenggelam timbul sesuka hati kita.. Tapi sejarah di situ, di tapak rumah itu tak penah hilang.. Mungkin dah tak ada dalam hati kita, tapi maybe masih terpahat dalam hati roh2 mereka di sana..Di situ la kita besar, kita jadi nakal, kita jadi baik, kita jadi happy..kita gembira..kita berlari kejar2..kita menangis hiba..kita berkelahi bertengkar..kita sedih n memberontak.. itu semua kenangan..itu semua da berlaku..itu semua da lepas..........
Hopefully kita masih satu keluarga..walaupun ada antara kita yang dah terpisah... Semoga kalian bahagia bersama keluarga masing2... Jangan lupa sesekali sedekahkan la alfatehah untuk ahli keluarga kita yang dah pergi menghadap illahi.. Maaf kalau ada nama2 yang saya tak sebut kat atas..kita ni manusia..Mudah lupa..

Till then,
Ayu










Monday, November 5, 2012

Mari beli Tudung!!

Ok..

Ini paksaan.. Sila lah beli tudung di sini!


kBye..
-aYu-

(P/S: Model tudung di bawah ini adalah my adik!)


How is it weird...

Hello fellow people..

It has been awhile since i wrote in here..
Suddenly rasa teringat kat blog.."eh wat happen to my blog heh?"
Terus cepat2 sign in.. hurmm..wateva..!

Alhamdulilah, everything went well.
I've got my new job n new car. So grateful.
Last few months sibuk mencari kerja n kept thinking about wat to do with my previous car yg asyik rosak je.
And now I cannot believe it I've got both important things in my life serentak.
Rezeki datang we never know..
Allah knew the best for His hamba.. Syukur!
Thanks to everyone especially my beloved husband who always give support and take care of me very well.
Terima Kasih yang tak terhingga. Ewahhh!

Topic hari ni 'How is it weird..' (Ape kemende topic gini..)
Just to share, bila rasa keganjilan dan kejanggalan tentang sesuatu..
For me, saya akan rasa sgt ganjil bila nak ucap sesuatu to someone tapi tiba2 tak terucap becoz of sympathy is more than anything else.
Or kadang-kadang bila time nak message to tell something to someone,
end up delete balik sebab cam rasa tak sesuai nak send or tak perlu send walhal benda yg nak di send tu bole jadi sesuatu yg perlu diketahui oleh org itu..(eh ape cite nih...Pening. Panjang berjela!)
And it's even weird bila kita tahu something and kita pun tell or tegur the person straight to the face, last2 the person cannot handle it and marah2 pulak kat kita..Itu pun ada..
N ada juga kes bila kita syok or like someone, bila berdepan ngan org tu kita kelu lidah n gigi..(Non adoo)
tak tercakap ape yg nak dicakap..(kes berat!)
And weird juga bila, some people who expressed their feelings or ape yg nak di cakapkan tu kat facebook, tagged, myspace, yourspace, herspace..everybodyspace..hahahhaha..with hope that the person will read or  even view the status of feelings. (Gempaks seh!)
But for me very simple.. It is how you handle with all the weirdness..(ada ke word tu?? ada dok! **Dok bahasa mat rempit!)

Ingatlah, Sesuatu benda takkan rasa ganjil bila kita tak rasa benda tu ganjil..

Till then,
aYu..