Friday, April 16, 2010

Esei Bahasa Melayu Dramatis...(hihi)

Mlm tadi saya terasa seolah-olah kebosanan melanda di segenap pelusuk organ2 dan sendi ini..
Jadi saya mengambil keputusan untuk meluangkan masa bersama Dot di Sek7 Shah Alam..
Ingin dimaklumkan, Dot bukan seekor kucing, tetapi Dot merupakan seorang manusia berjantina perempuan yg dianugerahkan rupa paras yg cantik & menawan..Hahaha..
(Gelak besar ini dipanggil hilang kawalan ataupun lose control..)

Sudah agak lama juga tidak melawat bandar itu.
Ternyata banyak perubahan yg berlaku di sana..
Tatkala menjejakkan tayar kereta di bumi bertuah itu, (tayar kereta ye, bukan kaki...)
tercopong mulut ini melihat perubahan drastik yg melanda di sana.
Perubahan yg dimaksudkan menjurus kepada perubahan dari segi pembangunan, ekonomi dan sosial..
Bangunan ICT dan premis2 telah didirikan dengan bentuk dan warna yang menarik minat orang yg memandangnya. Mungkin bangunan-bangunan di sana direka oleh arkitek-arkitek yg berwibawa gamaknya..

Dan semakin ramai juga pelajar2 (penuntut lebih sesuai digunakan..),maaf, penuntut2 Universiti termasyur di negara ini bermastautin di Pusat Komersial itu. Dan dari pandangan mata kasar ini, semakin berleluasa gejala sosial yang dipanggil budaya melepak di restoran2 mamak khususnya,...
Apa yang lebih membimbangkan, tabiat merokok di kalangan lelaki dan perempuan sudah menjadi perkara biasa. Tidakkah mereka sedar bahawa merokok merbahayakan kesihatan?
Dan mereka juga seolah-olah lupa bahawa tujuan sebenar mereka berada di sana...
Ya, untuk menimba ilmu dan menggenggam segulung ijazah..(Ayat yang sungguh dramatis atau lebih mudah di panggil poyo..)

Saya mengambil keputusan untuk melepak juga. (Saya dikecualikan kerana sudah bekerja. )
Kami menghabiskan masa 2jam di Restoran Hakim. Banyak isu yang kami bentangkan.
Terutama sekali mengenai isu-isu yang bersangkut paut dengan diri kami sendiri.. (Maaf, terpaksa dirahsiakan. tidak boleh dibentangkan di dalam blog ini..)
Setelah 1 keping Roti Tampal dan air barli ais masuk ke dalam perut ini..dan juga setelah 1 keping roti tampal dan roti kosong masuk ke dalam perut Dot, (tak agak2 dot kuat makan seperti hantu raya gamaknye), kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah masing2.

*Segala persamaan di dlm esei ini terhadap individu tertentu adalah tidak disengajakan...Dan amat dikesali..

-aYu-

No comments:

Post a Comment