Tuesday, October 20, 2009

Sikap Pemandu2 Malaysia yg Sgt Dikagumi..!!!

KAGUM KE??
- Potong barisan sewaktu di lampu isyarat..
(Tahukah kamu wahai rakyat Malaysia, dgn perbuatan kamu itu boleh melambatkan perjalanan orang lain yg bersabar menunggu barisan dari awal lagi..dan mungkin dgn memotong barisan ini boleh menyebab kemalangan berlaku kerana dengan tiba2 sahaja kereta kamu menyelit di sebalik kereta orang lain..)

KAGUM KE??
- Parking merata2..
(Tahukah kamu,dgn parking merata2 boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas. terutama ibu bapa yang mengambil atau menghantar anak2 ke sekolah. ataupun pada mereka yg berhenti utk membeli nombor ekor di kedai 4D.. tolong jangan hanya fikirkan diri sendiri tetapi sewajarnya kita rakyat Malaysia fikirkan juga perihal orang lain. mungkin pemandu lain juga mempunyai hal penting utk diuruskan..)

KAGUM KE??
-Memandu laju sambil mencocok2 kereta di hadapan..
(Aku tau la aku ni awek. takyah la nak menyondol2 keta aku plak..opss.sori ter'emo' seketika.. ha, tahukah kamu dgn perbuatan seperti itu sgt merbahaya. Jika kereta di hadapan wat brek emergency..konfem la akan berlaku perlanggaran..perlanggaran yg serius ok..bkn perlanggaran cinta..lak.tetibe...)

KAGUM KE??
- Memandu sambil bercakap fon atau ber'SMS'..
(Adoii.. Tolonglah sayangi nyawa kamu n nyawa org lain..kadangkala bila da syok bermesej or call time memandu bole menyebabkan kamu hilang kawalan..kejap ke tepi, kejap ke tengah..orang belakang da hangin je.. ada juga yg bawa slow giler sdgkan di hadapan jalan lengang..semut pun takde lalu..tapi bawa 10km/j..rupanya tengah syok borak dlm fon... macam ada lesen agung je..tolonglah jangan pentingkan diri sendiri..kasihanilah orang lain juga..)

KAGUM KE??
- Menunjukkan isyarat2 tangan yg tak sepatutnya terhadap pemandu lain..
(Wah, ini salah satu sikap yg sgt memalukan.. ye lah, bila orang lain memandu tak betul, tau pulak nak marah..siap hon kuat2 and kuarkan isyarat2 tangan yg bukan2 lagi.. tolonglah belajar utk bersabar. malu sungguh jika pelancong2 melihat telatah n kerenah pemandu Malaysia seperti ini..Fikirkan ye..)

Kesimpulannya, hanya kamu yg boleh menilai sejauhmana pemandu2 ini boleh kita kagumi..
seharusnya kita sebagai pemandu berhemah haruslah mematuhi peraturan jalan raya yg telah ditetapkan.. Pandu cermat jiwa selamat.. Ingatlah org tersayang dan juga orang yg tidak disyg...

-ayu-

2 comments:

  1. Hi there. You really have a nice blog here. Lots of information. I have read and passed on this info to my friends as well.

    Cheers!
    One Drop Perfumes
    Unique Jewellery
    Cheap Broadband Phone

    ReplyDelete