Thursday, May 20, 2010

Gadis Di Tren - Part 2

Tren semakin perlahan.
dan kemudian terus berhenti apabila sampai di stesen yg dia tidak pasti ape ke namanya..
Almaklum la, dia masih baru menggunakan perkhidmatan itu..
Baru disedari, manusia yg berada di dlm tren semakin berkurangan..
Tidak seperti awalnya yg seakan perut ikan buntal..
Tiba-tiba datang seorang perempuan duduk di sisinya,
sambil menyeluk ke dalam beg untuk mencari sesuatu..
Kemudian mengeluarkan telefon bimbit berjenama iPhone..
DIa hanya mengerling dari sisi..
Kemudian dia memandang depan..dan membetulkan urat2 leher yg agak keletihan..
Sekali sekala dia mengerling wanita di sisi yg bersemangat ber'sms' sehingga
tidak menyedari bahawa sms itu dapat dibaca oleh orang lain..
terutama orang sebelah..

"Syg, jgn kecewakan baby lagi ye"

Dia telan liur..Sungguh jelas kelihatan sms itu..
Sms yg pendek, padat dan penuh tanda tanya di benaknya..
Mungkinkah perempuan disebelah pernah dikecewakan oleh kekasih, tunang ataupun suaminya itu..
Itulah masalah perempuan.. Terlalu mempercayai lelaki, kemudian dikecewakan, kemudian memaafkan kemudian dikecewakan lagi...HUh!
Dia memandang ke luar pula..
Fikirannya menerawang lagi...


bersambung..

-ayu-

No comments:

Post a Comment