Sunday, September 13, 2009

7 LiKur...

7 likur tiba lagi...

Lebih kurang seminggu umat islam akan meraikan syawal..
Ayu tidak pasti berapa ramaikah yang berpuasa ramadhan ini...

Kadang2 ayu terfikir...
Cuaca tidak menentu
Kadang2 panas dan kadang2 hujan
Kenderaan begitu sibuk dijalan raya kota
Manusia zaman ini begitu ligat bergerak kesana kesini
Masing2 dengan usaha masing2 cuba mengejar kejayaan kehidupan....
Ada yang stress dan ada yang keletihan
Masih adakah yang sanggup berpuasa di bulan ramadhan ini..???
Masih adakah yang mahu membersih diri fikiran hati dan jiwanya dengan berpuasa di bulan ramadhan..?? Apatahlagi beribadat dan beramal...
Entah..lah!
Ayu pun tidak tahu...

Apa yang ayu tahu ialah...
Bulan ramadhan sentiasa bakal tiba setiap tahun!
Selagi dunia belum kiamat!

7 Likur membawa makna ...

Bulan Shawal berkunjung tiba
Ramadhan akan berlalu pergi...
Tatkala Takbir hari raya dilaungkan
Memuji Tuhan sekelian alam
Penuh kesyukuran dalam rintihan
Penuh harapan.....penuh debaran

Wajah ceria berpandangan
Saling maaf - bermaafan
Buang yang keruh ambil yang jernih
Bertekad azam didalam dada
Memperbaharui amal dihari muka.

Hidup didunia hanya sementara
Peluang beramal sentiasa terbuka
Pencucui isi dada dari daki dunia
Satu perjalanan keluhuran jiwa
Meniti usia kehari tua.

Ayu rasa keinsafan yang hakiki..agar 7 likur kali ini memberi seribu erti dan sinar..insyaallah.

-ayu-

No comments:

Post a Comment