Monday, September 28, 2009

Baru Ku Tahu....



Baru ku tahu....kita tak boleh ubah kawan kita jika kita rasa yg dia sudah berubah.

Baru ku tahu...tak kiralah betapa baiknya seseorang kawan itu dgn kita, dia tetap akan menyakiti kita suatu hari nanti dan kita perlu bersedia utk memaafkannya.

Baru ku tahu...persahabatan sejati akan terus mekar walaupun pada jarak yg jauh, begitu juga dgn cinta.

Baru ku tahu..kita boleh ambil mudah utk melakukan sesuatu, yang akan memberikan kita penyesalan utk seumur hidup.

Baru ku tahu...ia akan mengambil masa yg panjang utk menjadi seperti yg kita inginkan.

Baru ku tahu...kita perlu selalu berikan insan tersayang kata2 cinta sebelum dia pergi meninggalkan kita utk selamanya.

Baru ku tahu...kita boleh terus melangkah selepas kita rasa tidak mampu lagi.

Baru ku tahu...seseorang yg kita rasa musuh kita mungkin akan menolong kita di saat kesusahan.

Baru ku tahu...jika seseorang tidak mencintai kita sptmane yg kita mahukan, itu tidak bermakne dia tidak boleh mencintai kita dengan menjadi dirinya sendiri.

Baru ku tahu...kita tak boleh sentiasa mahu dimaafkan oleh org lain. kadangkala kita perlu belajar utk memaafkan diri sendiri.

Baru ku tahu..walau sehebat mana sekalipun hati kita terluka, dunia tidak pernah berhenti krn kesedihan kita itu.

Baru ku tahu...hidup kita akan berubah dgn hanya sekelip mata oleh insan yang tidak pernah mengenali kita.

Baru ku tahu...org yg paling kita sayangi, akan di ambil dr kita sekelip mata tanpa kita sedari.

-ayu-

1 comment:

  1. Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum
    menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang
    betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan
    hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan
    tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu
    yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
    telahpun dibukakan untuk kita

    ReplyDelete