Sunday, September 13, 2009

Cita Vs Cinta..


antara cinta dan impian,
bermadu kasih tanpa halangan,
bermadah dan berfalsafah,
mengenai cinta dan masa depan,
jiwa luka hati parah,
hati sedih jiwa menangis,
tanpa sedar kenyataan di hadapan,
masih jauh lagi berjalan,
perjalanan yg harus di tempuh,
sebagai manusia dan khalifah,
mempunyai kerja yang belum selesai,

antara cinta dan impian,
bermadu kasih tanpa halangan,
bermadah dan berfalsafah,
mengenai cinta
semuanya indah bila bercinta,
semuanya cantik tampak di mata,
semuanya senang di terima,
bagai dunia bagai di punya,
semasa berjalan berpegang tangan,
berpeluk tanpa menghiraukan keadaan,
manja dan saling sayang menyanyang,
menjeling dan tersenyum panjang,
berutus surat dan berhubung,
sms dan telefon tidak berenggang,
kerna cinta telah di hayati,
akhirnya putus di tengah jalan,
merana jiwa terluka hati,
saling salah menyalahkan,
tanpa sedar kenyataan,
akhirnya gagal la harapan,
hancurlah impian,
putuslah sudah kasih sayang...

-ayu-

1 comment:

  1. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka
    akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
    Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia
    tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil
    masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai
    seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa
    sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

    ReplyDelete