Sunday, September 13, 2009

Dua Dunia -Too Phat & Dato Ct..

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Cinta itu buta
Dan juga boleh membutakan
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
Luahan yang jarang bermakna bila diucapkan
Ini pula cerita cinta sang pujangga
Bukan arjuna sita bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis dengan hasrat yang indah
Kau selalu di hati tidakku dekati
Sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak rungsing tidak mungkin rindu
Ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru
Senyuman di kaca kisahmu kubaca
Perjuangan kita sama dukamu kurasa
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Duka di kala malam termimpi-mimpi
Rindu di kala siang mencari-cari
Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar
Walau dipisah lautan direnangi gelora
Dan kadang kala hanyut bagaikan dua arah
Malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
Kerna bila dilamun indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji tetap ratu di hati
Dengan izin Tuhan kan bersama kapan hari pasti
Sabarlah menanti kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza...

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Perjuangan seni kita tidak bepenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak bepengunjung
Kesabaran menikam Kau tak pernah bermurung
Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung
Bukan rupa parasmu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah darimu satu kesyukuran
Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata
Kata apa sahaja...iya tapi tentang apa
Wajahmu yang cantik manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Realiti sukar diatasi tapi kesudah indah
Harus bermula dengan fantasi
Ku rasa terhoyong-hayang antara dua dunia
Biar khayalan ku melayang.....

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza...

3 comments:

  1. Salahkah..
    Bila kita berdua saling mencintai
    Aku mengerti perbezaan itu
    Menjadi rintangan yang tak mungkin kan pergi
    Aku tau dan menyadari
    Besarnya batas dunia kita

    Walau tak sama
    Kan tetap ku jalani
    Tetap mencintaimu
    Semampu hatiku
    Walau pun beda
    Tak ku pedulikan
    Jika tak bisa kumiliki
    Karena cinta tak harus saling memiliki..

    Biarkan saja..
    Perbedaan itu tetap ada
    Menjadi bait-bait dalam puisi cinta kita
    Tak perlu diusik
    Cinta dua dunia memang tak kan abadi..

    liena al-mazen

    ReplyDelete
  2. Tajuk: Hijab Untuk Ayu
    Nukilan: Spontan tgh layan jiwang..sbb aku ni minat mengarang dari kecik... heehehe :)



    Hidup di dunia adalah perjalanan sementara kita untuk menuju ke alam yang kekal. Segalanya sudah ketentuan Illahi. Kita yang harus berwaspada membuat pertimbangan dalam memilih jalan dan hala tuju hidup kita (Eh, aku ni dah nak jadi sasterawan ke asyik serius aje semenjak ni?)

    Pertemuan, perpisahan, percintaan dan kegagalan sudah menjadi lumrah dalam diari hidup seorang naga seperti aku. Setelah kisah percintaan antara aku dengan D terpaksa aku tamatkan sendiri kerana aku tidak mampu untuk menyintainya maka aku meneruskan perjalanan hidupku dengan bertemankan kesunyian.

    Terbentang luas hamparan bumi terasa kosongnya hidup tanpa seseorang yang bergelar kekasih hati menjadi teman. Terpandang berjuta bintang di langit hanya dapat ku rasa keindahan fizikal tanpa jiwa. Ibarat hujan tanpa seruan katak. Umpama api menyala tiada asap.

    Inikah suratan? Atau hanya sekadar kebetulan? Tanpa ku duga, si cantik manis tinggi bergaya, berkulit cerah dan berlesung pipit yang menyempurnakan lagi wajah ayu ciptaan Allah iaitu Ayu Hasliza yang pernah menjalani latihan praktikal di tempat kerjaku dulu rupanya telah menjadi pekerja tetap di sini.

    Aduh, ku impikan ulam pegaga, rupanya raja segala ulam telah mendatang. Ku basuh dengan sesuci embun pagi lalu ku cicah dengan sambal belacan menjadi pembuka selera, penambah perisa. Alangkah gembiranya andai itu menjadi milikku. Bukan setakat jejaka bujang malah suami orang pun takkan melepaskan pandangan andai bersua muka dengan Ayu. Sungguh ayu. Lesung pipit di pipi. Ayu sangat. Sepertinya aku telah diserang penyakit angau tahap tertinggi.

    Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, kemudian dialas tilam empuk dan dibaluti selimut tebal, kehadiran Ayu di tempat kerjaku telah menambahkan keceriaan dalam hidupku. Sehinggakan bunga tahi ayam itupun bagiku tetap wangi seperti wangian setanggi pembakar cinta malam. Makin bertambah semangat apabila dia menjadi Bendahari manakala aku sendiri menjadi Setiausaha di dalam satu organisasi di tempat kerja kami. Kelangsungan itu mencipta ruang dan peluang untuk kami menjadi lebih akrab dan menjalin persahabatan.

    Mulanya aku masih seperti malu-malu ayam serama apabila berhadapan dengan Ayu. Maklumlah, di dalam jiwa aku ni masih terkumpul sisa-sisa sifat pemalu seorang teruna sunti yang tinggi lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan seorang wanita yang benar-benar cantik. Malah aku terasa betapa rendahnya diri aku bila berhadapan dengan Ayu walaupun hakikatnya ketinggian aku hanya sikit melebihinya.. ")
    Aku akui malah memang tidak dinafikan kecantikan ayu menjadi buah mulut dan pujian para lelaki yang berada di tempat aku bekerja. Malah ada beberapa orang kawan sekerja yang saling mencabar untuk menguji kejantanan masing-masing dengan memikat gadis ini.

    Aku? Berani ke aku untuk cuba mengurat Ayu? Usahkan kata nak mengurat, nak minta nombor telefon pun aku masih terkial-kial dan segan-segan unta. Malah unta padang pasir pun tidak sesegan aku barangkali? Kalau tidak masakan unta di timur tengah tak pupus-pupus abad ini..hehehehehe

    Tetapi kata orang-orang tua, barangkali takdir akan sesekali menyebelahi kita. Pada suatu hari, ketika aku tengah sibuk dengan kerja, tiba-tiba ayu datang menghampiri mejaku.

    “Eh, apa mimpi pulak tiba-tiba datang cari saya ni?” Soalku pada ayu yang tanpa segan silu terus duduk menghadap mejaku.

    “Komputer saya kat rumah ada masalah, hari tu dah pi hantar kedai tapi tak ok jugak. Akak kat bilik sebelah tu cakap awak ni pandai baiki komputer. Betul ke?”

    “Alah nak kata pandai sangat tu takdelah. Boleh la sikit-sikit.” Aku dengan muka berlagak cool cuba merendah diri. Dalam hati bukan main berdegup kencang lagi jantungku kerana berhadapan si cantik dengan bau-bauan yang sungguh wangi.Owh ayu ..sememangnya kau sungguh ayu!!

    NANTIKAN SAMBUNGAN 'HIJAB UNTUK AYU' ...
    hhehehehehe... surprise!

    ReplyDelete
  3. hahaha....
    siap wat novel utk aku tuuuuu...
    perghhh banggga giler...hahahah
    tima kaseh dut...
    aku tau ko syg aku lebeyyy....huhu..
    lg satu, ayat timur tengah msti ade terselit ek...hahahhaha... almazen taik kambing bulat2..hahahha
    ha, sambung2 lg cite ni...
    x sabo no nak bace.... :)

    ReplyDelete